|                                          
      
         
      PENGENALAN LAMAN RANGKAIAN BULATAN TANAMAN 
      Hello, anda kini melayari laman web Crop Circle Connector (Rangkaian 
      Bulatan Tanaman). Laman web ini mungkin merupakan laman web terbesar yang 
      menangani isu ini di internet. Laman ini dipenuhi maklumat terperinci dan 
      pengkalan data antarabangsa mengenai 'crop circle'.
 Bentuk-bentuk bulatan 'crop circle' yang anda lihat di laman ini adalah 
      merupakan kejadian sebenar yang berlaku di ladang bijirin di merata dunia 
      dan tidaklah dapat dipastikan asal usulnya.
 
 Sejak sekian lama, petani di UK telah melaporkan kemunculan 'crop circle' 
      di ladang mereka. Media British pula mula melaporkan kehadiran 'crop 
      circle' sejak dari awal 1980an. Menjelang 1990an, 'crop circle' mula 
      mendapat perhatian meluas dengan kemunculan bentuk-bentuk geometrik yang 
      lebih besar dan kompleks. "Crop circle' adalah merupakan satu fenomena 
      antarabangsa yang mana jumlah negara yang melaporkan kemunculan 
      bentuk-bentuk aneh di ladang bijirin bertambah dari tahun ke setahun. 
      Namun begitu sejumlah besar 'crop circle' di laporkan di selatan England, 
      kebanyakannya di sekitar tapak purba Stonehenge, Avebury dan Sillbury 
      Hills (tapak bukit tambakan tanah yang terbesar di Eropah).
 
 Walaupun terdapat banyak teori berhubung asal-usul kewujudan 'crop 
      circle', namun tidak satu pun yang dapat memberikan jawapan yang 
      benar-benar meyakinkan. Bukti yang dianggap kukuh datang dari rakaman 
      video yang menunjukkan kehadiran objek bebola yang mengeluarkan cahaya 
      putih terang yang berada di dalam dan sekitar 'crop circle'. Kebanyakan 
      objek bercahaya ini dirakamkan diwaktu siang dan dilihat bergerak dengan 
      teratur dengan pergerakan yang tersusun. Apakah mungkin ada kaitan di 
      antara objek tersebut dengan rahsia pembentukan 'crop circle'?
 
 Kajian saintifik yang terperinci telah dijalankan ke atas sampel yang 
      diambil dari 'crop circle'. Kajian yang dijalankan oleh ahli biofizik 
      Amerika Dr William Lavengood mencadangkan tentang ujudnya tenaga tenaga 
      gelombang mikro yang terlibat dalam proses pembentukan rekabentuk bulatan. 
      Pengkaji 'crop circle' telah disarankan untuk lebih kreatif dan inovatif 
      di dalam menjalankan penyiasatan mereka. Kaedah penyelidikan terkini 
      menggunakan teknik meditasi, penataan cahaya dan musik telah diadaptasikan 
      di dalam usaha untuk lebih memahami fenomena 'crop circle' yang dikatakan 
      mampu berinteraksi dengan pemikiran manusia.
 
 Walau apa sekalipun, 'crop circle' telah membuka minda di samping mencetus 
      ilham manusia sejagat. Mereka-mereka yang terlibat secara langsung merasa 
      teruja dan menghargai hakikat bahawasanya kehidupan di dunia ini adalah 
      teramat kompleks dan disulami misteri yang penuh keanehan.
 
 Laman web ini adalah merupakan usaha untuk menyampaikan maklumat terkini 
      dan terperinci untuk anda warga dunia. Laman ini juga dipenuhi dengan 
      laporan dan gambar pembentukan 'crop circle' terbaru dari penyelidik dan 
      jurugambar yang tersohor.
 
 "Crop circle' di Britain muncul dari bulan April ke penghujung Ogos. 
      Sepanjang musim ini, kami akan mengemaskini kesemua maklumat dan gambar 
      'crop circle' yang muncul. Dan semestinya, kami mengharapkan kesudian anda 
      untuk melaporkan kejadian berkenaan agar kami dapat memberikan gambaran 
      dan maklumat yang tepat untuk pengkalan data kami. Anda boleh 
      menghantarkan laporan dan gambar kepada kami di laman web ini.
 
 Kami berharap agar laman web ini mampu membuka minda anda mengamati 
      misteri aneh ini dan dapat dijadikan sebagai pentas yang menghubungkan 
      kesemua yang berminat mendalami fenomena crop circle dari serata pelusuk 
      dunia.
 
      Sekian Terimakasih Thank you to Mohd Hanif Hassan for the Translation.
 
     SEE 
      CROP CIRCLES |